Segarkan Nafas Di Bulan Mulia



Pada bulan mulia ini, di waktu kita sedang berperang dengan nafsu, ia memberi banyak kebaikan kepada mereka selaku perokok tegar. Walaupun kita semua tahu, merokok membahayakan kesihatan namun perkara ini sukar untuk dielakkan apabila rasa ketagih itu tiba.

Apa yang pelik dan ajaibnya, mereka sebagi perokok tegar dengan baik boleh meninggalkan tabiat merokok tersebut dengan jayanya.Tempoh masa berpuasa yang sehari suntuk boleh mengurangkan dan menghilangkan rasa ketagih itu. Hebat tak ibadah puasa ni?

Walaupun seseorang itu menghisap rokok setiap 30 minit sebatang, mereka dapat hilangkan terus rasa ketagih tu bila tiba bulan Ramadhan ini. Sebagai kesimpulannya, saya dapat lihat bahawa ketagihan merokok sebenarnya dicipta oleh mereka sendiri. Ini membuktikan bahawa perokok tegar berjaya keluar daripada taraf tersebut dengan senang setelah menjalani ibadah puasa. Kalaulah tabiat ini dihentikan terus pada bulan mulia ini, nescaya tiada lagi perokok dalam dunia ni.

Alhamdulillah, dalam menempuh hari-hari dibulan yang mulia ini, dapatlah kita menyedut udara segar tanpa bau tembakau. Tahniah kepada perokok tegar kerana anda dapat mengawal nafsu.

Labels: , , , ,