Shopping Raya

Sambutan Hari Raya bakal menjelang dan ia pasti juga akan menjelang kelak. Pada masa sekarang, bagi saya ia adalah masa yang amat sesuai untuk membeli pakaian untuk kelengkapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Bila cakap pasal shopping raya ni, semua kelam kabut untuk membeli kelengkapan. Walaupun begitu, adalah digalakkan dalam Islam untuk memakai pakaian cantik-cantik bagi menyambut hari raya.

kasut ini sangat colourful
Semasa saya mengunjungi pasar raya mahupun gerai yang menjual kelengkapan baju melayu, sudah pasti masa sekarang amat sesuai. Maklumlah kalau nak pilih baju melayu tu, sekarang masih banyak saiz. Sebab belum masuk hari gaji lagi. Pilihan pun banyak disamping harga amat kompetatif lagi. Maklumlah awal-awal ni tak ramai sangat yang keluar membeli-belah.

Seperti pengalaman tahun-tahun lepas, saya mencari kelengkapan di waktu genting iaitu seminggu sebelum hari raya. Musibahnya, baju takde pilihan dan saya tersangkut dikesesakan jalan raya.

Akhirnya, kelengkapan tersebut selesai dibeli samada untuk wife dan juga baby lengkap tersedia. Apepun, dalam membeli belah, jangan lupa berjimat cermat dan belilah kelengkapan yang perlu sahaja. Kalau boleh, dapatkan peluang barangan yang mempunyai potongan harga hebat.

Labels: , , ,