Lagi Raya ep.1

Walaupun bulan Syawal belum berakhir, namun hari-hari gembira bercuti akhirnya akan meninggalkan kita. Huh! Cepatnya masa berlalu, sekarang saya kena fokus untuk bekerja pula. Bila cuti panjang camni, berat pula badan nak bangun awal dan bawak kereta ke opis. Rindunya saya pada bulan Ramadhan...

Nak tunggu raya Haji, ada dua bulan lagi. Tolong cepat-cepat masa berlalu!

Petang tu, takde aktiviti pun, saya hanya melihat gelagat adik mencuci motosikal. Dia pun sibuk untuk persiapan masuk belajar balik.

 

Pelita tu dah 2 tahun berturut-turut dipasang pada malam raya. Sekarang, pasti ia akan disimpan semula ke dalam stor. Harap dapat berjumpa lagi di Syawal akan datang.

Labels: , , ,