Lagi Raya ep.3

Minggu lepas, masa balik kampung untuk menyambut Hari Raya, tak sah kalau tak bawa balik camera. Tambah-tambah kalau hari raya nanti. Semua nak bergambar. Tapi dalam entri ni, saya bukannya nak masukkan gambar raya. Mungkin untuk entri lain saya akan masukkan gambar raya family. Tunggu!

Semalam terbaca berita tentang kemalangan lemas 3 kanak-kanak di Laguna Semerak. Tetiba teringat, ada satu koleksi gambar yang sempat saya ambil sewaktu perjalanan ke kampung. Kalau dilihat pada tempat tu, airnya memang tenang dan cetek. Buaya pun takde. Cuma timbunan plakton je yang banyak menyebabkan kawasan laguna tu menjadi tumpuan pencari kerang-kerangan laut.


Tapi awas tau! Walaupun airnya cetek namun jangan pandang rendah pada tanah jerlus. Benda dalam air ni kadang-kadang takleh nak jangka. Even kalau ada kaca pun belum tentu dapat dilihat dengan jelas. Jadi pesanan saya, berhati-hatilah kalau beriadah bersama keluarga. Bab keselamatan jangan kompromi oke. Takziah buat kelurga mangsa dan mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi. Wassalam.

Labels: , , ,