Lagi Raya ep.4

Cuti panjang hari raya memberi satu keseronokan kepada semua orang yang akan pulang ke kampung. Tambahan cuti awal 2 hari sebelum raya diisi dengan aktiviti berbuka bersama keluarga. Bestnya dapat berbuka dengan kedua orang tua bersama semua ahli keluarga. Jarang sangat jumpa cuti-cuti bersambung gini.

Diwaktu petang, ketika keluar mencari juadah, sempat lagi saya mengumpul koleksi gambar peribadi saya. Maklumlah, masa cuti ini banyak benda yang boleh dilakukan. Apa salahnya meluangkan sedikit masa untuk melayan hobi. 

Sebenarnya gambar ini diambil pada jam 6.30 petang. Biasanya untuk mendapatkan koleksi gambar awan yang kebiruan, saya akan gunakan CPL filter. ISO sangat spesifik dan bergantung kepada cahaya. Kalau boleh elakkan guna ISO yang terlalu besar untuk mengelakkan noise pada gambar. Apepun yang anda lakukan, harus diingat bahawa gambar yang paling cantik ialah gambar yang anda tangkap sendiri. Peduli apa orang cakap hehe Oke lah. Habis.

Labels: , , ,