Langit Itu Tidak Semestinya Cerah

Kenapalah, dalam usaha untuk mengubah taraf hidup kepada yang lebih baik selalu sahaja ada dugaan dan halangan yang datang. Tak pernah rasa lega. Barangkali saya belum cukup matang untuk melakukan sesuatu. Bak kata orang, sudahlah jatuh kemudian ditimpa pula dengan tangga di kepala. Yang dah sakit ni, ditambah pula dengan kesakitan lain. Memang itu dah dijangkakan pada awal-awal dulu. Namun, tiada preparation.

Kehidupan ini memang tak boleh nak diduga. Cuaca yang cerah belum tentu akan kekal dan mungkin akan tiba hujan gerimis di siang hari. Dari semalaman saya asyik berfikir. Walaupun dalam usaha saya sepanjang beberapa tahun ini untuk terus mencari sumber lain. Namun, nampak gayanya ia seakan menjadikan usaha selama ini sia-sia sahaja. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Atau cuba menyambungkan rambut yang sudah putus.

Pada saya, usaha untuk meneruskan dinampak seperti agak sukar. Saya dengan ini hanya mampu berdoa dan terus bekerja untuk merubah keadaan ini. 
Saya amat pasrah dengan apa yang berlaku...

Labels: , ,