Ekplorasi Hijau

Selamat Datang ke Taman Negara Kuala Koh
Kali ini saya berkesempatan untuk melihat keindahan Taman Negara yang terletak di Negeri Kelantan. Target utama ialah untuk mencari kelibat raja ikan air tawar. Apa lagi kalau bukan ikan Kelah. Tetapi adakah spesis ini akan terus dimamah oleh kerakusan dek sikap manusia yang tidak bertanggungjawab?

Perjalanan menggunakan sampan engine sangkut ke hulu sungai.
Kelibat Kelah yang datang mengerumun setelah ditabur makanan khas. Saiz dianggarkan sekitar 2 Kg - 4 Kg.
Oleh yang demikian operasi ke hulu sungai perlu untuk tujuan tersebut. Perjalanan menggunakan sampan khas memberikan satu kemudahan kepada saya untuk melihat dengan mata kasar stoking ikan Kelah di sana. Syukurlah, dengan usaha pihak kerajaan, spesis ini terus terpelihara dengan baik.

Laluan ke hutan Taman Negara Kuala Koh.
Tanda arah jalan. Hurmm larat ke nak jalan ni?
Antara penghuni platform yang sempat saya rakamkan
Laluan dari platform ke platform yang terhubung
Salah satu platform tertinggi. Yup! pokok Tualang yang terkenal menjadi tumpuan lebah hutan untuk bersarang.
Sudah pasti ada penunggu! Dapat dilihat sarang lebah di pokok Tualang. Madu asli tualang sukar diperolehi terutama yang asli.
Rupa-rupanya tinggi juga platform ni. Kalau bernasib baik, boleh lihat haiwan liar dari sini.
Laluan seterusnya.
Semut ape ntah?
Lagi laluan ke platform seterusnya.
Maksimum 4 orang sahaja.
Alang-alang sudah ke sini, tak lengkap pula kalau saya tidak menjelajah ke kanopi yang tersedia di atas lantai hutan. Ketinggian mencecah lebih 20 Meter daripada lantai hutan sedikit sebanyak mengugat semangat berani saya. Walaupun saya tidak berkesempatan untuk melihat haiwan liar yang lain, namun tidak mengapa. Pengalaman ini sudah memberikan sesuatu yang baru untuk saya.

Labels: , , ,