Terus Dari Botol

Adab orang, kalau minum tu kenalah gunakan cawan. Bukan main tenguk dari botol terus! Daripada hal tersebut saya mendapat pengajarannya. Sewaktu pulang dari pekan, maka saya sempat singgah di 7 Eleven sekitar sini. Tujuan untuk membeli minuman susu segar. 


Sampai sahaja dirumah, terus minum dari botol. Tak sempat nak isikan dalam gelas. Gara-gara dahaga barangkali. Akhirnya, sudah terminum susu yang luput tarikh! Terkena sudah! Yang menjadi tanda tanya kenapa tarikh luput susu tersebut sehingga tahun 2013? Setahu saya, susu segar tempoh luputnya tak lama. Barangkali ada kesilapan pada tarikh cetakan pada botol. Siapa yang patut dipersalahkan? Orang yang terminum susu kah? Atau pihak pengilang?

Harap-harap benda begini tak berlaku juga pada orang diluar sana. Hummmm...

Labels: , , ,