Kredit Masa Depan

Kalau selalu simpan duit, lama-lama jadi banyak duit. Masa nak simpan bukan main payah. Banyak dugaan yang datang. Nafsu belanja kadang-kadang takleh nak jangka. Nafsu ni tetap ada dan terus tambahkan hutang yang sedia banyak. 


Semua gara-gara kredit kad. Belanja ikut kad kredit ni memang tak terasa. Tapi bila nak bayar, rasa berat seluruh tubuh. Masa tu mula la nak berjimat. Sebenarnya bukan berjimat, tapi dah takde banyak duit sebab duit masa depan dah digunakan pada masa sekarang. Haih. 

Orang kata, kalau dah meminjam tu, pandai-pandailah bayar. Jadi next time kena beringat-ingatlah berbelanja terutama menggunakan kredit masa depan. Ok da..

Labels: , , ,