Destinasi saya seterusnya ialah ke Sungai Moroli terletak di Kampung Luanti, Ranau. Apa yang menarik di sini adalah kita akan dapat menyaksikan satu kaedah pemuliharaan spesis ikan Kelah. Ia dikenali dengan Sistem Tagal. Keperihatianan dan kesedaran komuniti di sini memberikan satu sumber pendapatan kepada penduduk di sini melalui kegiatan pelancongan serta pemuliharaan spesis ikan kelah.
 |
Puncak Gunung Kinabalu yang diseleputi kabus |
Sewaktu perjalanan ke sana dari bandar Kota Kinabalu, pemandangan puncak gunung Kinabalu pasti menjadi tatapan saya. Bila kenderaan membelah laluan dipinggir puncak tertinggi di Asia Tenggara, cuaca juga menjadi agak sejuk dan berkabus. Dah macam kat Genting plak. Jangan lepaskan peluang bergambar dengan “background” Gunung Kinabalu. Jadikan memori ini sebagai koleksi dalam album gambar anda.
Dengan kadar bayaran sekitar RM 5.00, kita akan berpeluang mendekati spesis ikan Kelah. Dengan dibekalkan makanan khas, kita berpeluang memberi makan ikan di tapak tangan sendiri. Sangat menarik sebenarnya pengalaman ini. Sukar untuk saya gambarkan di sini.
 |
Kaunter bayaran masuk |
 |
Tempat pendaftaran |
Kalau berani, boleh mandi bersama ikan Kelah. Tapi, tengok pada saiz, rasa macam seram juga. Silap hari bulan kena gigit kat situ. Tak dapek den nak nolong..
 |
Kawasan sungai |
 |
Ada sekor ikan keli sesat di situ |
 |
Demo memberi makan ikan dengan tangan |
 |
Kawasan sekitar |
 |
Jambatan gantung |
Itu sahaja aktiviti saya di sekitar sini. Ok, badan dah rasa penat dan lapar, saya tak sabar nak balik hotel. Nak rest secukupnya dan makan sepuas hati sebelum bertolak pulang ke semenanjung. Insyallah saya akan menyambung lagi edisi ronda yang seterusnya.Labels: jalan, KK, puncak, ranau