Edisi Ronda EP.2 : Semporna, Sabah

Perjalanan saya kali ini ialah ke Semporna, Sabah. Perjalanan daripada Tawau menggunakan jalan darat mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Di sini saya sajikan pemandangan sekitar pekan Semporna  untuk tatapan pembaca. 

Pusat Pelancongan Lautan Semporna

Sepanjang pemerhatian saya, masyarakat di sini hanya menjadikan makanan laut sebagai sumber protin utama. Kalau dilihat kebanyakkan bahan mentah adalah daripada hasil laut  serta ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Rasanya ikan air tawar dah takde nilai di sini. Masyarakat di sini tak makan kot ikan air tawar. Tak macam kat semenanjung. 


Sekitar pekan Semporna
Sewaktu saya meninjau-ninjau di sekitar pasar basah, saya sempat bertanyakan harga bahan mentah seperti ikan dan udang. Ternyata, harga buah-buahan lagi mahal daripada harga ikan. Mungkin juga hasil laut lagi mudah didapati berbanding bahan-bahan lain. Maklumlah, kegiatan utama masyarakat di sini pula adalah nelayan.

Pelbagai makanan laut yang jarang ditemui
Ikan Tuna pun dijual di sini

Rumpai laut yang dijual secara kering
Apa pun, saya sangat tertarik dengan hasil laut yang dijual di pasar ini. Semuanya kelihatan amat segar serta murah.  Bahan makanan seperti rumpai laut juga tersedia. Sila jangan lepaskan peluang untuk merasai sajian rumpai laut. Sudah pasti ia jarang ditemui. Sebab kalau kat semenanjung banyak kawasan persisiran pantai tidak sesuai untuk tanaman rumpai laut disebabkan arus yang deras.

Ternakan komersil rumpai laut secara Long-lines
Apa pun saya berpeluang untuk menyaksikan sendiri cara penanaman rumpai laut secara komersil yang menggunakan kaedah “Long-lines” yang mana kaedah ini lebih mesra alam. Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Sabah kepada pengusaha penanaman rumpai laut di sini yang dulu hanya menggunakan botol plastik terpakai sebagai pelampung sokongan.

Perjalanan menaiki bot laju
Pemandangan di sekitar lautan Semporna

Walaupun menggunakan kaedah yang dikatakan agak mahal, namun kesedaran tentang penjagaan alam sekitar tidak boleh dikompromi. Maklumlah pekan Semporna ni adalah kawasan tumpuan pelancong, maka kurang enaklah mata memandang jika lautan bersih ini dicemari dengan botol plastik terpakai.


Bangga
Di akhir perjalanan pekan Semporna, satu souvenir  akan dibawa pulang. Sekian dahulu buat kali ini.

Labels: , , ,