Edisi Ronda EP.3 : Kota Kinabalu, Sabah

Selamat datang ke Kota Kinabalu, Sabah. Besar juga Bandar KK ni. Jakun tak saya? Takpe. Janji dah pijak kaki di Kota Kinabalu. Apepun, saya memilih untuk menginap di Hotel D’Borneo. Rate takdelah mahal sangat. Kalau macam saya yang sederhana ini sesuailah. 

 

Sebenarnya saya memilih hotel ini adalah kedudukannya yang berdekatan dengan pasar Filipine. Kalu duk sini, nak gi jalan-jalan ke pasar tu takdelah jauh sangat. Rasanya, tarikan ditempat ini adalah pasar malam dan pasar Filipine. 
 
Sesiapa nak cari barang-barang mutiara bleh berkunjung di pasar malam. Kalau nak makan seafood pulak, terus jalan-jalan sekitar situ. 



Banyak gerai jual seafood di situ. Tapi kalau nak makan seafood fresh, beli kat pasar basah then upah diorang masak. Itu terbaik! Kalu makan yang dah siap masak, mungkin itu ikan yang dah dua tiga kali dipanaskan.  Rasanya kureng sket.
 
Dekat sini banyak “lalat” jual handphone tiruan. Sila lah hati-hati dengan mereka. Kalu nak beli, terus tawar harga separuh! Itu nasihat saya. 


Kalau yang jenis sukakan perhiasan, jangan lepaskan peluang menempah rantai mutiara, Kristal mengikut citarasa sendiri dengan harga berpatutan. Heaven lah bagi peminat barangan hiasan gitu. Saya pasti akan dapatkan satu perhiasan untuk orang tersayang! Itu pasti!

 





















 

Selain itu, jangan lepaskan peluang membeli udang kering dan juga ikan kering nipis. Udang kering kalau beli kat sini agak murah juga berbanding semenanjung (kecuali Langkawi). Saya lebih gemar membeli ikan kering nipis. Kalau goreng, boleh dimakan begitu sahaja kerana ia taklah masin sangat pun.  Macam keropok je.
 
Itu sahaja aktiviti saya di sekitar Bandar Kota Kinabalu.

Labels: , , ,