Bukan Sekadar Hobi

Musim panas dah tiba. Laut pun dah tenang dan tak bergelora seperti sebelum ini. Pada masa ini rasa sangat teruja apabila memanjakan diri dengan aktiviti memancing di laut. Aktiviti memancing di laut sebenarnya sangat mencabar namun hasilnya juga lumayan. Tidak seperti memancing di tasik mahupun di sungai-sungai. 

Jam 7.00 pagi
Saya baru sahaja dapatkan 2 set reel untuk kegunaan memancing di laut. Harganya mungkin sudah agak mahal bagi saya sebagai seorang pemancing amatur. Tetapi sudah memadai untuk trip memancing saya. Sebenarnya, untuk luangkan masa dengan hobi ini, sudah cukup dengan separuh hari (bertolak jam 7.00pg hingga 12.00tgh). Maklumlah bot fibreglass je. Janji hasrat tercapai.

PENN Sargus 5000
RYOBI Carnelian 18000
Di Malaysia ni tak banyak lubuk ikan air tawar yang menjanjikan kepuasan kepada pemancing. Kebanyakkannya sering diceroboh dengan kegiatan haram seperti tuba, bom dan lain-lain. Kesannya menyebabkan kepupusan dan kekurangan sumber. Sebab tu kalau mancing di sungai, dah tak mencabar macam dulu lagi. Sekarang ni bukan pihak berkuasa tak bertindak, tapi kadangkala perbuatan itu didalangi oleh masyarakat tempatan juga. Malang sekali! Susahlah kalau kita sendiri tiada kesedaran ke arah memelihara sumber.

Bagi saya, kaedah memancing yang baik adalah dengan mengamalkan prinsip "Fishing For Fun" ataupun dengan cara "Catch And Release" iaitu menangkap ikan yang mempunyai saiz sesuai untuk makan sahaja dan melepaskan ikan yang masih kecil. Sebenarnya memancing adalah untuk merasai sentapan ikan pada masa bertarung itu sahaja. Itulah sebenarnya klimaks memancing. Bila ikan besar sudah dapat ditewaskan, ambil gambar dan lepaskan ia kembali supaya ia boleh dirasai oleh pemancing-pemancing lain. Itulah kaedah yang terbaik!

Tetapi persoalannya adakah orang lain akan melakukan perkara yang sama?! Harap-harap begitulah.

Labels: , , ,