Edisi Ronda EP.6 : Paris Van Java a.k.a Bandung

Mula-mula cari masa, then tengok budget! Lepas tu browse Air Asia online then book tiket. Bayar guna debit or kredit kad. Semudah itu untuk tiba ke Bandung. Jangan lupa bawa passport ke airport. Setelah beberapa lama, akhirnya saya dapat juga jejak kaki ke kota Bandung. Orang cakap sini syurga untuk membeli belah. Mungkin sebab banyak factory outlet di sini. Nanti saya cerita lepas ini.

Sebelum itu, untuk berbelanja, kita perlukan matawang rupiah. Jadi, kadangkala saya keliru, adakah menukar matawang RM kepada Rupiah di Malaysia lebih mahal berbanding di Indonesia? Pengalaman saya, kalau nak tukar Rupiah, baik tukar RM di Indonesia. 

Pada hari pertama, saya hanya sempat meronda ke Cibaduyut, sebuah pekan yang banyak menawarkan barangan kulit. Tapi kena juga hati-hati, jangan terlalu excited nak shopping. Slow and steady. Kalau nak tawar-menawar tu, kasi tawar separuh harga terus! Diorang ni kalau nampak tourist, memang nak sembelih jek. Jadi, hati-hati dan beli barang yang berpatutan dengan budget anda. 

Ronda
Unik
Perjalanan seterusnya ialah ke Factory Outlet sekitar kota Bandung, kalau tak silap dekat Jalan Dago kot. Di sana, kalau bawak isteri, baik korang lepak kedai makan sambil layan kopi je. Sebab nanti tak larat nak jadi tukang angkat barang mereka. Apepun, barangan daripada factory-factory outlet amat berkualiti serta harga yang sangat berpatutan. Kalau masuk tengok handbag, kasut sandal, coach, huh memang nak borong je semua.

Sekitar Kota Bandung
Sekitar Cibaduyut
Jangan lupa berkunjung ke Pasar Baru, di sana kalau nak meronda, kena habiskan sekurang-kurangnya separuh hari baru puas hati. Di sana biasanya banyak menjual barang-barang perhiasan diri, pakaian, kain, batik dan lain-lain. Berbelanja di sini kena cekap dan rajin tawar menawar. Kalau tak, habislah. Banyak juga barang tiruan dijual di sini dengan kualiti gred A. 

Pasar Baru
Imitation
Nasihat saya, kalau nak ke Bandung, elok cari masa yang bukan kena pada public holiday sebab anda akan bermasalah untuk mendapatkan hotel budget. Ini kerana pada waktu libur, harga sewa hotel akan menjadi mahal berbanding pada hari biasa. Selain itu juga, saya nasihatkan kepada anda supaya elakkan dari membeli makanan daripada gerai-gerai tepi jalan kerana dikuatiri kurang bersih dari segi penyediaannya. 

Maaflah kerana tiada gambar yang menarik untuk dipaparkan. Sekian buat ronda-ronda saya kali ini. O.K Jumpa lagi.

Labels: , , ,