Edisi Ronda EP.7 : Yogyakarta - Malioboro Street

 
Kini saya telah ke Yogyakarta, Indonesia bersama rombongan cik kiah atas dasar menambah ilmu pengetahuan. Namun begitu, kesempatan ini saya pasti akan gunakan untuk mengenali bandar Yogyakarta. Setibanya di Adisutjipto International Airport, saya disambut oleh pemandu pelancong dan satu bas persiaran telahpun tersedia untuk memulakan perjalanan.  

Adisutjipto International Airport, Yogyakarta

Apa yang pasti, saya diberitahu oleh seorang kawan bahawa pasar jalanan di Malioboro adalah tempat terbaik untuk dikunjungi apabila tiba di sini. Tempat ini adalah tempat yang pasti menjadi tumpuan pelancong apabila tiba ke sana. 

Jalanan Malioboro
Seperti sedia maklum, di Indonesia sudah sinonim dengan batik dan tempat ini juga tersedia dengan pilihan pakaian batik. Pemandangan di Malioboro juga amat unik dengan adanya kereta kuda yang tersedia untuk dinaiki bagi tujuan menjelajah di sekitar Malioboro street.


Walaupun mungkin terdapat banyak lagi tempat yang menarik disini, namun masa tidak mengizinkan saya untuk menjelajah dengan lebih lama memandangkan perjalanan kami perlu diteruskan ke Kota Solo. Rasanya itu sahaja yang dapat saya ceritakan berkenaan Yogyakarta. Hanya gambar-gambar dapat saya paparkan untuk tatapan semua.


Lukisan jalanan
Kesibukan kota
Ok. Sekian buat kali ini.

Labels: , ,