Balada Pemancing Jalanan EP.2

Kalau mancing kat laut dah sangat familiar dengan saya. Sebenarnya saya ni dianugerahkan menjadi seorang yang tahan kepada mabuk laut. Setakat ini, selama bertahun-tahun saya terlibat dengan aktiviti kelautan, tak kira lah untuk memenuhi nafsu hobi memancing saya ataupun atas urusan kerja, saya memang tak pernah risau berkenaan mabuk laut.
 
Saya sebenarnya bukanlah nak bangga diri cuba nak sharing je. Petuanya tiada! Tapi satu je, walaupun saya tak mabuk laut, kadang-kadang tu ada lah juga pening-pening. Itu semua berlaku apabila dah tiba kat darat. Yang pastinya, kalau nak elakkan mabuk laut, jangan biarkan perut anda kosong sebelum meredah gelombang tu. Itu sahaja!

Okla, saya bukan nak cerita pasal mabuk laut tapi saya nak share berkenaan aktiviti memancing di perairan darat (sungai, tasik dll). Saya terpanggil oleh seorang kawan untuk turun ke sebuah kawasan di pedalaman Negeri Kelantan iaitu di Sungai Lebir. Di sini merupakan habitat bagi spesis ikan Kelah. Ikan Kelah adalah raja ikan air tawar. Mungkin disebabkan harganya yang mahal serta ia sukar dijinakkan menggunakan pancing. Bak kata pemancing-pemancing, kalau nak dapat lesen memancing ikan air tawar, kena dapat jinakkan ikan Kelah di lubuk. Kalau anda berjaya, anda telah mencapai taraf yang tinggi dikalangan pemancing-pemancing.


Inilah ikan Kelah - Raja ikan air tawar
 Gambar cedok dari http://maxxpeacock.blogspot.com/2011/09/ikan-kelah-king-of-river.html 

Sebelum ini saya sendiri telah berjaya menangkap ikan Layaran (Marlin) di laut, jadi lesen pemancing laut telah saya perolehi, sekarang saya nak cuba jinakkan ikan Kelah pula.

Perjalanan daripada Kuala Sg. Aring, Gua Musang mengambil masa lebih kurang 30 minit menaiki sampan injin galah. Kalau duduk atas tu memang ngeri dengan aksi joki meredah jeram-jeram berbatu kasar. Silap aritu bulan, boleh terlingkup bot ni. Tangan memang genggam erat di badan sampan semasa bot itu memecut lalu mengharungi jeram-jeram berbatu.



 
Selepas tiba dilubuk saya terus membaling pancing. Semuanya berumpankan cacing. Mengikut pakar, ikan Kelah makan buah sawit yang dijeruk seminggu dalam air. Semua umpan-umpan yang disediakan digunakan sewaktu pemburuan tersebut.

Tunggu punya lah tunggu, satu benda pun tak usik umpan. Bayangkanlah start dari jam 12.00 tgh sampai jam 4 petang, satu joran pun tak disentuh. Menurut pakar, ikan Kelah ni kalau nak pancing, jangan ada bunyi bising. Nak cakap pun kena berbisik. 

 
Apa dapat saya simpulkan, pada hakikatnya pengalaman memancing ikan Kelah memang paling mencabar. Bukan itu sahaja, ia amat amat amat menguji kesabaran kita. Kalaulah dengan masa memancing tu, saya habiskan untuk memancing dilaut, rasa-rasanya dah penuh peti ikan 100Liter ni. Tapi kalau mancing kat sungai ni memang 100% bergantung pada nasib. 


Sebenarnya, apa yang berlaku ini menunjukkan kepada kita betapa kurangnya sumber perikanan darat di negara kita. Mungkinkah kerakusan manusia itu sendiri yang menyebabkan kerosakan kepada sumber? Eloklah kita baca buku Kod Amalan Perikanan Bertanggungjawab untuk kita tambah ilmu.
 
Akhirnya misi pada hari tersebut dianggap gagal dan saya berpuas hati kerana sekurang-kurangnya saya tau dan saya telah mendapat gambaran sebenar berkenaan aktiviti memancing ikan air tawar khususnya ikan Kelah. Wassalamm.

Labels: , ,