Cerahkan Mata Tengok EURO 2012

Musim bola EURO ni buat masa tidur saya jadi tunggang terbalik. Jadual makan malam pun berubah rubah mengikut waktu perlawanan. Maklumlah, peminat bola sepak katakan.

Semalam perlawanan paling hottest antara Jerman dengan Belanda. Maklumlah pasukan ni berada dalam kumpulan maut (Denmark, Portugal, Belanda, Jerman). Ditambah pula Belanda yang terdesak untuk dari kemenangan dengan Jerman sebab team mereka dah kalah mengejut dengan Denmark.



Keputusan perlawanan semalam menyaksikan Belanda tewas 1-2 kepada Jerman. Jadi oren bungkusla kot. Sebab pasukan belanda dah 2 kali kalah dalam saringan kumpulan. Itulah bola sepak, semuanya tak dapat diramal.

Kalau diikuti persembahan pasukan Belanda pada perlawanan pertama menentang Denmark, memang kelas betol! Cara gerakan bola sebijik macam dalam Playstation. Memang total football cara mereka main. Tapi itulah, alih-alih kalah dengan Denmark.

Pepun, jom sama-sama cerahkan mata tengok EURO 2012. Dua tahun sekali je ni. Ok itu sahaja.

Labels: , , ,