Edisi Ronda EP.10 : Surabaya, Indonesia

Akhirnya, saya tiba di Surabaya, Indonesia. Kalau tak silap, bandar Surabaya ini adalah bandar kedua terbesar selepas Jakarta. Menurut pemandu pelancong, ia juga dikenali dengan kota Pahlawan. Sudah pasti ada cerita kenapa gelaran tersebut diberikan. Namun, saya tidak akan mengulas panjang di sini. Nanti jadi artikel sejarah plak entri ni nanti hehe

Tugu Pahlawan
Monumen melambangkan Kota Surabaya
Sebenarnya sebelum saya tiba di Surabaya, saya melalui satu wilayah yang dipanggil Sidoarjo, daerah Porong. Wilayah ini pernah ditimpa kejadian lumpur yang telah memusnahkan hampir 3 buah kampung. Diceritakan juga, bahawa lumpur bersama air keluar dari perut bumi disebabkan oleh perlombongan petroleum. Akhirnya ia menyebabkan bencana yang teruk sehinggakan air lumpur tersebut tidak boleh dihentikan daripada terus keluar dari dalam perut bumi. 


 (gambar dari internet)

Akibat daripada peristiwa tersebut, maka kerajaan Indonesia telah membina benteng yang merentasi kota ini bagi menyekat pengairan keluar air lumpur tersebut. Kalau dilihat dengan mata kasar ia seperti sebuah negara Belanda kerana paras tebing yang menyekat lumpur itu adalah lebih tinggi daripada penempatan sekitarnya. Oklah, itu sedikit sebanyak pengenalan berkenaan Kota Sidoarjo yang sempat saya ketahui. Nak tahu cerita lanjut sila klik Sidoarjo volcano mud flood - (bahasa Perancis) tengok gambar pun faham kot!

Kalau bab shopping di sini, saya diberitahu bahawa Sidoarjo merupakan tempat sesuai untuk mendapatkan barangan kulit dan sepatu. Sejauh mana mashurnya, saya sendiri pun tak tahu. Ini kerana saya hanya sempat teroka dua buah kedai disini. Nampak macam barangan dari China pun banyak kot! Masa di sini hanya 1 jam sahaja.

Selesai di Sidoarjo, perut dah rasa lapar. Maklumlah, waktu sekarang dekat pukul 9.00 malam. Nasi pun belum jamah sejak petang tadi plus makanan di sini memang tak berapa nak masuk dengan selera saya. Biasa makan beras siam dengan masakan Kelantan, kalau di sini rasa macam tak cukup benda je lauk-lauk tu.

Oleh yang demikian, selera kami perlu diubah daripada masakan Indonesia kepada masakan lain. Sekarang dah takde pilihan, maka saya pekena nasi Arab di Kota Surabaya. Kalau nak bandingkan masakan Arab yang saya makan masa tu memang takleh nak celen dengan kat Malaysia lagi. Apa pun perut mesti diisi dulu.

Menu arabian sangat
Semasa menunggu pesanan, saya sempat berfesbuk dengan kawan-kawan. Maklumla, ada seorang kawan yang belajar medic di sini. First sekali saya ingat apa yang beliau cakap "Enjoy Surabaya! The Hottest Place In Indonesia" Ucapan tersebut memberikan semangat kepada saya untuk saya terus terokai kota kedua terbesar ini.

Kali ini, saya menginap di tengah Kota Surabaya iaitu di Hotel Sahid Surabaya. Di sini rate adalah lingkungan RM140.00. Selepas solat, mandi dan siapkan diri, pada malam itu juga saya terus dapatkan teksi untuk terokai sekitar kota ini. Maklumlah jam baru menunjukkan pukul 10.00 malam. Kali ini misi sendiri-sendiri tak bersama pemandu pelancong lagi kerana pada malam itu, adalah aktiviti bebas. Besok tu plak baru ikut program.


Perjalanan saya pada malam ini adalah ke sebuah tempat yang dianggap keramat dan di sini mungkin dikenali dengan Mekkah kedua. Tempat tersebut adalah Masjid Sunan Ampel dan ia dibuka 24 jam. Di sana juga terdapat pasar jualan. Diceritakan kepada saya, masjid tersebut diasaskan oleh seorang wali terkenal iaitu wali sunan. Makam beliau juga terdapat di sini. Biasanya, ramai orang akan berkunjung ke sini untuk beribadat dan membuat munajat.

Masjid Sunan Ampel
 





(Paparan sekitar masjid Sunan Ampel)

Sambil jalan-jalan sekitar kawasan pasar tersebut saya teringatkan pesan seorang kawan di Kelantan yang memberitahu bahawa jangan lupa dapatkan tasbih kayu Stigi kerana ia berkhasiat. Oleh yang demikian saya sempat membeli beberapa bentuk untuk dibawa pulang kerana harganya yang murah serta dikatakan amat sukar didapati. Dari segi khasiatnya, kena la eksplo dalam internet.

Tasbih kayu Stigi
Setelah puas meninjau sekitar sini dan waktu sekarang dah hampir nak subuh, saya terus bergerak pulang ke hotel untuk mendapatkan rehat yang cukup. Maklumlah besok, pelbagai aktiviti telah disusun sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur jam 5.30 petang. Tamat edisi ronda malam.

Pada esoknya, saya bersama rombongan diberi peluang untuk meronda sekitar Kota Surabaya dan di sini saya dapat lihat Jembatan Suramadu yang amat terkenal di sana. Diceritakan kepada saya bahawa wujudnya nama tersebut adalah kombinasi antara dua wilayah iaitu Surabaya dan Madura yang dihubungkan oleh jambatan tersebut. Sebab itu ia diberi nama Jembatan Suramadu.


Gambaran waktu malam Jembatan Suramadu
Selain itu, saya telah mengunjungi satu tempat yang dikatakan corak binaannya agak moden iaitu di Pakuwon Indah. Di sini dapat dilihat perbezaan penempatan golongan elit dan orang kebanyakkan di Surabaya. Kalau di Malaysia, memang ia tidaklah menjadi benda yang pelik.




Trip terakhir saya di sini adalah ke Pasar Atum. Di sinilah sesiapa nak habiskan wang saku terakhir. Seperti biasa barangan di merata-rata tempat di Indonesia agak sama. Semuanya batik dan perhiasan wanita. Alang-alang dah sampai sini dan duit rupiah dalam poket masih tebal, maka shopping la juga. Nanti balik Malaysia, rasa rugi plak tak berabis bujet. Mana-mana barang yang tak lengkap dalam list shopping bolehlah cari di Pasar Atum ini.


Hati-hati dengan gerai masakan tidak Halal
 

Akhirnya tamat sudah perjalanan saya di Indonesia bermula dari Yogyakarta ke Solo terus ke Kota Malang dan akhir sekali ke Surabaya, maka perjalanan saya di kepulauan Jawa tercapai. Walaupun pada dasarnya banyak lagi tempat menarik yang belum saya kunjungi, namun Insyallah jika diberi kesempatan dan usia, maka jejak kaki lagi saya ke sini. 


 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
  (Paparan sekitar Kota Surabaya)

Dapat saya simpulkan di sini bahawa dengan mengambil sedikit masa dan menghabiskan sejumlah wang bagi tujuan melancong, ia dapat memberikan pengetahuan dan pandangan berbeza kita. Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan. Sekian trip jalan-jalan buat kali ini - Indonesia. Maka, dapatlah saya abadikan ia di dalam entri saya yang tak seberapa ini.

Labels: , , ,