Edisi Ronda EP.9 : Solo, Indonesia

Dalam perjalanan dari ke Surabaya, saya telah singgah di Solo, Indonesia. Semuanya telah diatur dengan baik oleh pemandu pelancong khas. Sebenarnya perjalanan saya ini adalah bermula di Yogyakarta, terus ke Solo dan Kota Malang sebelum tiba di Surabaya. Perjalanannya ini juga agak jauh dan ia mengambil masa 6 jam. Manakala jarak antara Kota Malang ke Surabaya adalah sekitar 3 jam menaiki bas ekspress. Apa yang berlaku di Kota Malang telah saya ceritakan dalam entri saya yang sebelum ini. Edisi Ronda EP.8 : Kota Malang, Indonesia

Jadi kali ini saya akan menceritakan apa yang telah saya kunjungi di Kota Solo, Jawa Tengah, Indonesia. Jika berkunjung ke Solo, jangan lepaskan peluang ke Keraton kerana di sana terdapat satu tempat tarikan untuk habiskan wang saku anda. Sila lah berkunjung ke Pasar Klewer. Sepanjang pengetahuan saya, di sini adalah tempat terbaik untuk dapatkan kain batik, blouse dan persalinan wanita kerana harganya amat murah jika dibandingkan dengan Yogyakarta dan Surabaya. Selain Pasar Klewer yang terletak di Keraton ini, terdapat juga sebuah masjid agung yang dikatakan amat bersejarah. Saya belum sempat dapatkan maklumat berkenaan masjid ini. Tetapi, kesempatan ini saya sempat menunaikan kewajipan saya sebagai seorang muslim untuk bersolat. Maklumlah, kalau nak ronggeng-ronggeng sini, kena solat dulu. Nanti terabai plak. 

Ruang solat Masjid Agung
Ruang luar Masjid Agung
Masa untuk saya terokai adalah selama 2 jam sahaja. Amat terhad juga masa diberi oleh pemandu pelancong. Apa tidaknya. Kami akan bermalam dan teruskan perjalanan ke Surabaya pada keesokkan harinya. 


Kawasan sekitar Keraton ini, kalau jalan kaki, penat juga. Jadi saya gunakan kemudahan yang tersedia. Apa lagi, jom kita naik beca dengan hanya bayaran sekitar RP 5,000 sahaja! Nanti senang nak punggah barang-barang shopping. Kalau jalan kaki mau dekat 15 minit ke Pasar Klewer tu.

Menjelajah menggunakan beca
 Habis sudah episod shopping kain telekong, kain batik, baju batik, kain batik pasang, blouse dan lain-lain di Pasar Klewer, kaki pun rasa penat, badan pun letih.




 (sekitar Pasar Klewer)

Program bermalam kali ini adalah di sebuah hotel yang agak terkemuka iaitu LOR IN Hotels & Resorts. Kondisi hotel memang sangat baik dengan segala kemudahan dan landskap yang menarik disamping pemandangan sekitar hotel yang ala-ala Bali gitu. Saya rasa, tempat ini memang sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Insyallah, kalau datang ke sini, saya pasti akan menginap di sini. Jom lihat paparan yang sempat saya ambil.
























(Paparan gambar sekitar Lor In Hotels & Resort, Solo)

Oklah, itu sahaja perjalanan saya di Solo, Jawa Tengah, Indonesia. Saya akan menyambung entri perjalanan ronda ke Surabaya pula pada entri akan datang.

Labels: , , ,