Ekspedisi saya kali ini ialah untuk menjejaki haiwan yang menghuni sekitar hulu sungai Lebir, Gua Musang. Disini terdapat aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan sungai. Target utama operasi saya ialah menjejaki ikan Kelah. Operasi saya selama 3 hari berhasil dengan kejayaan ini. Kaedah yang saya gunakan ialah secara pancing kerana ia lebih mesra alam.
 |
Udang Galah |
 |
Ikan Tenggalan |
 |
Kem persinggahan untuk bermalam |
 |
Patin Juara siap untuk dimasak untuk santapan malam hari |
Syukur Alhandulillah, dengan rezeki yang Allah bagi. Walaupun hanya dapat seekor sahaja sang sepit biru tapi pengalaman ini amat berbaloi. Bagi saya, tak mungkin akan ada udang galah sebesar ini lagi jika sungai kita terus diceroboh dengan menggunakan kaedah terlarang. Sama-samalah kita menjaga alam semulajadi.
Sekian untuk ekspedisi joran buat kali ini.
Labels: air tawar, balada, joran, pancing