Balada Pemancing Jalanan EP.4

Tasik pergau adalah destinasi seterusnya. Saya sedang mengkaji ikan apakah yang sedang bermaharaja lela di sana? Dengar pada cerita ikan Tapah sebesar sampan dan ikan Patin sebesar bakul sedang menunggu disana. Ini menjadikan perasaan membuak-buak dalam jiwa saya untuk mencuba nasib disini.

Selama 3 hari di sana. Namun, tidak kelihatan kelibat ikan gergasi yang dikatakan itu. Kalau ikan Toman saya pernah terserempak, tapi saiznya tidaklah sebesar mana. Mungkin masa kurang cukup untuk saya terus eksploitasi dengan jayanya.




Musim kemarau menyebabkan timbulnya bukit dalam air dan tunggul kayu menjadi ancaman kepada sampan



Sebarau dan Baung adalah penghuni utama tasik ini
Maklumlah pada musim kemarau, air tasik surut dan kebanyakkan penduduk sekitar mencari sejenis siput yang dikenali sebagai Etok. Jualan Etok sekitar tasik adalah RM10.00 bagi 4 Kg berat.

Walaupun diketahui bahawa kawasan ini adalah kawasan larangan kerana ia dibawah kawalan Majlis Keselamatan Negera (MKN) berikutan Tasik Pergau adalah penyumbang ke tenaga hidroelektrik melalui tasik buatan, namun aktiviti menangkap ikan disini sukar dibendung sama sekali.

Oklah, sekian destinasi saya kali ini.

Labels: , , ,