Menu Segera

Sudah lama tak update blog ni. Tahu-tahu dah masuk 2013. Tarikh harini 2.1.2013. Selamat tinggal 2012. Sekejap je masa berlalu. Sebelum tu sempat lagi nak wish Selamat Tahun Baru 2013 pada semua. Terima kasih kepada yang masih setia bersama saya.

Sekarang plak musim tengkujuh, biasa kalau bulan 10, nelayan dah tak turun ke laut sebab laut bergelora maklumlah biasanya tengkujuh tiba  dalam jangkaan masa tu. Tapi semenjak 2 tahun kebelakangan ni, musim dah berubah. akhir bulan 12 baru stat nak banjir. Sekarang pun still hujan tak behenti. Tapi alhamdullilah sebab saya kekal sihat tanpa ada terkena demam dan sebagainya.

Sebenarnya, pada musim sekarang adalah masa sesuai untuk dapatkan udang kerana pada musim ini nelayan pantai timur banyak memukat udang dipesisiran pantai. Jadi, kesempatan ini saya sempat dapatkan udang ini dengan harga RM40/Kg. Murah dari harga biasa iaitu RM60/Kg. Ini kerana saya terus membeli terus dari ladang. Memang terbaik.

Pada saya, dengan saiz sebesar ini, saya lebih suka dimasak bersama mee segera. Yang pasti kena gunakan perencah curry. Tapi kali ini saya cuba pula dengan perencah Tom Yam. Secara kesimpulannya, pada saya kalau nak masak udang dengan mee segera, baik gunakan perencah curry kerana rasanya yang lebih marvelous. Cubalah. 

Tengokla saiz udang ni
Tak perlulah saya tunjukkan cara-cara sebab majoriti orang dah tahu macam mana nak masak mee segera. 

Labels: