Badan Kurus Secara Semulajadi dan Sihat

 
Petua 1 - Air Putih
Kerap meminum air putih pada sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari. Air masak tidak mempunyai kandungan kalori, ia melancarkan darah dan membuang bahan toksid dalam bahan melalui perkumuhan dan berpeluh.
 
Petua 2 - Teh HijauMeminum minuman berkalori yang mempunyai tenaga seperti teh hijau. teh hijau dapat menurunkan berat badan serta menurunkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, menurunkan kandungan kolestrol dalam darah, sebagai anti kanser juga membakar lemak.

Petua 3 - Diet
Kurangkan pengambilan makanan secara kuantiti yang banyak pada satu-satu masa. Pengambilan makanan rendah karbohidrat membantu bahan memproses lemak terkumpul menjadi tenaga. Amalkan pengambilan protien sebagai sumber tenaga.

Petua 4 - Berhenti makan selepas rasa kenyang
Jangan paksa diri untuk habiskan makanan kerana nak elak pembaziran. 

Petua 5 - Guna Pinggan yang kecil
Makan menggunakan pinggan yang kecil membataskan nafsu makan anda untuk menghabiskan makanan. Jika masih rasa lapar, jangan tambah dulu tetapi tunggu selepas 20 minit untuk memberikan ruang makanan tersebut memberikan rasa kenyang.
 
Petua 6 - Elakkan Makan Sambil Menonton
Jangan makan sambil menonton TV.  Fokus pada makanan dan kawal jumlah yang masuk ke dalam perut. Selain itu, kunyah pelan-pelan untuk meyakinkan diri bahwa perut sudah kenyang ketika makanan habis.
 
Petua 7 - Elakkan Stress
Elakkan diri daripada stress kerana stress merangsang hormon dan meningkatkan selera makan. Makanan yang berlebihan akan meningkatkan berat badan


Labels: , , , , ,