Krisis Pasal Cinta

Apakah istilah cinta dan mencari teman hidup? Susahlah nak bagitau,tapi bila kita rasa rimas dan selalu bergaduh berkenaan benda yang tidak sepatutnya memang pasangan itu tidak akan bahagia. Pada aku, perkara percaya adalah satu perkara pokok. Bila tak percaya pada pasangan akan timbul rasa cemburu dan hubungan itu akan jadi renggang dan menjadi tidak bahagia.


Seorang sahabat menceritakan berkenaan pasangannya, yang kuat cemburu dan sering bergaduh. Sebagai pendengar yang baik aku pun tensen jugak dengar cerita. Dengan erti kata lain, aku telah dilantik menjadi penasihat tak rasmi bagi pasangan tersebut. Beginilah ceritanya, pasangan ini telah berkenalan selama hampir 4 bulan. Untuk makluman juga, kekasih dia ni adalah masih mempunyai hubungan dengan seorang hamba Allah yang telah berkahwin dan si gadis ni telah berkenalan hampir 3 tahun dengan suami orang. 

Dipendekkan cerita, kawan ni seperti merampas kekasih orang lah. Dan si gadis tu pula, menerima lelaki ini dengan baik. Maka, mereka telah bercinta sehingga suatu hari diketahui oleh pakwe si gadis tu. Lepas tu, mereka pun break-up lah (menurut cerita dari si gadis).Maka, untuk menjamin taat setia dan cinta kawan aku ni pada si gadis yang baru break-up tu, kawan aku ni memberikan hadiah cincin tanda ikatan dan cinta pada si gadis dan menurut pengakuan kawan aku ni, dia memang berhasrat nak jadikan si gadis ni isteri beliau yang sah setelah tiba masa yang sesuai. 

Perkenalan mereka direstui oleh kedua ibupada mereka. Sebagai sahabat baik, aku pun tumpang gembira gak sebab kawan yang lama aku kenal ni akhirnya berjumpa teman hidup dan aku amat gembira melihat mereka bersama. Malah si gadis menganggap aku sebagai abang angkatnya. Maknanya,segala hal berkaitan hubungan atau masalah mereka akan sampai pada aku. Kalau boleh, aku taknak lah jadi orang tengah tapi aku tersepit antara kawan rapat dan si gadis.

Suatu hari kawan aku ni bagitau aku, si gadis memberitahu bahawa dia sudah tidak suci lagi dan aku amat terkejut mendengar penjelasan kawan aku itu. Macam tak percaya dengan apa yang diberitahu. Sebab si gadis adalah dikatakan kuat pegangan agama, bertudung dan mempunyai peribadi dan keturunan yang baik. Aku cuba tenangkan kawan aku yang agak buntu dengan pengakuan itu. Apa yang cuba si gadis lakukan? Adakah ia satu pengakuan? Kalau betul macam mana? Aku tahu, benda ni memang memberi impact yang besar pada kawan aku tu. Sudah pasti dia akan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dan aku pun tumpang tensen jugak dengan hal tersebut oleh kerana aku telah dilibatkan secara langsung dengan hal tersebut. Maklumlah dah jadi penasihat terpaksalah dengar semua. Tapi aku tak salahkan perempuan tu. Baguslah dia mengaku. Namun, hal ini tidak pernah diketahui oleh sesiapa, hanya aku dan dia sahaja. 

Pada masa tu pun aku pun buntu, taktau nak bagi nasihat apa. Cuma aku cakap, if dia boleh accept tu semua it’s ok. Yang penting dia boleh hidup aman dan bahagia dengan si gadis. Kalau dia happy dan bahagia aku rasa, soal virgin tak virgin tu dah jadi nombor dua sebab mungkin masa dia buat kerja tu dengan ex-boyfriend dia dulu dia terpengaruh atau terkeliru? Susahlah nak cakap, terpulanglah pada padangan masing-masing. Jadi aku pun tinggalkan persoalan tersebut untuk mereka berfikir.

Setelah sekian lama, sudah dua minggu aku tak mendengar berkenaan hal mereka. Dengar-dengar macam dah ok balik. Syukurlah kalau macam tu. Suatu hari, rupa-rupanya mereka gaduh lagi, ntahlah aku pun dah pening. Kes nya dia menuduh kawan aku tu ada sugar mummy pulak, pelik. Gila ke apa tuduh kawan aku gitu. Aku taktau cite bohong tu datang dari mana. Aku rasa ini mesti kes tak percaya. Susahlah macam tu. Kekadang lambat balas sms pun jadi isu. Menurut kawan aku lagi, dia terpaksa mms gambar tempat dia berada if si gadis mintak. Yang terbaru sekali, kawan aku ni tertidur sebab penat kerja dan setelah bangun dari tidur dia mendapati ada sms dan miscal masuk. Dia cal balik, budak perempuan tu marah-marah dan terus letak handphone. Then, disusuli dengan sms (difoward kepada aku) :

“ Rasa bodoh je saya terhegeh2 sukakan awk, tapi awk tak bersungguh sukakan saya. Msg orang lain awk boleh layan, Msg saya susah sungguh nak balas. Buhsanlah gini!! Awak tak payah pujuk2 saya lagi pasni. Awak tu yang xnak kat saya. Awak buatlah apa yang awak suka. Kita sudah tak ada hubungan apa-apa dengan awk. Noktah “

Aku berpendapat seperti perempuan ini ingin mengundurkan diri dengan cara terhormat. Biar nampak salah lelaki tu. Dia sahaja yang betul. Dia memang cantik, lawa dan aku rasa dia tiada masalah mencari pasangan lain. Bab kata orang “sudah terang lagikan bersuluh” sekarang sudah jelas. Adakah dia telah menemui mangsa baru? Atau cintanya untuk seribu lelaki? 

Labels: , , , ,