"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya Bukankah sejak zaman berzaman Mereka menjadi pelaut, pengembara Malah penakluk terkemuka? Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap Menjadi pedagang dan peniaga Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera Menjajah dunia yang tak dikenal? Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau Yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya?"
"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai Kerana hanya yang cekal dan tabah Dapat membina mercu tanda Bangsanya yang berjaya"